Monday, October 25, 2010

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta   benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
 
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT  , ia adalah WAJIB  


Barangsiapa meninggalkan

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).


Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah..
.
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya   sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

AKU, KAU BERBEZA..AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin  
(yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc)   dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas   ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak   baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi   suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti   gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada   lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya   dosa-dosa yang   ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid   kecil. Manakala   dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
:  
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3. anak perempuannya

4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,  
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
  berperi-peri memberikan   alasan untuk membela diri "  

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan   setiap ciptaan itu   mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal   manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan   mengembalikan   kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula   boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat   asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit   buah dada.
- mengurangkan kegemukan.  
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang   perut   (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan   oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan   sebagainya.
 

D
ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan   mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "  

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
  musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Monday, October 18, 2010

PENJELASAN MENGENAI MANDI WILADAH

Soalan;

Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan; 

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan;

 
“Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

Ilmu Yang Perlu di Kongsi..

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat??

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'....

Monday, October 11, 2010

AWAS !!!

Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya.
KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
(KBBI) KAMPUNG SELAMAT, TASEK GELUGOR SEBERANG PRAI
PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!
•   Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX 
•   Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.

 •   Untuk mengaburi mata pengguna, mereka meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI.

 
    Jenama baru KKBI :
     CAP MASJID
     CAP KRIS
     CAP NYONYA 
     CAP LAKSA KAMPUNG
     CAP LAKSA SILAT
     CAP JATI
     CAP KAPAL LAYAR
     CAP SYAIRIAH

Sunday, October 3, 2010

Weekend...

Sabtu lepas aku wat makan2 untuk kawan2 skolah aku kt padang tembak dulu.ni pun sebab ada yang request....x la besar mana..nama pun dah makan2 kan...juz simple menu..nasik minyak,mee kuah (lupe lak nak amek pic mee), lemang, kek,rojak buah,n puding..enjoy d pics !



Tu dia..anak aku dah mula pandai meniarap...manyyyaakkk syyyiioookkk aku tengok! Asal lenguh jer dia nangis la, bila dah nangis tuh..aku cepat2 la terlentangkan dia..sian dia...dah la baru belajar...he he he..gud girl Humaira ! Umi saaaayannng kamu...cuba lagi k!


Humaira @ 4 bulan...besau dah anak umi sorang ni...bleh x Umi nak adik baru?? he he he..jawap Humaira..

Monday, September 27, 2010

OpEn HuOSe KoPeRsi TEnTERa..

Sabtu lepas..@ 25/10/10
makan2...borak2...lepak2 kat Restoran Sri Melayu Jln Conlay..
Tqvm to Kop. Tentera for the invitation...

Note : Menu x brapa best la..rasa pun ada kurenggg...
kopi 'O' ngan teh tarik amat2 la 'jarang..'